Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Rabu, Februari 26

Keistimewaan Bulan Rejab.

Assalamualaikum,
Hari ini (Rabu) 26/02/2020 bersamaan 2 Rejab 1441.

Rejab Bulan Allah
Hari, minggu, bulan silih berganti dan tahun menjelang tahun. Masa berjalan dan berlalu dengan pantas. Kita sedang mengembara menuju matlamat terakhir yang kekal abadi tanpa mengira siapa kita. Dalam peredaran masa yang pantas ini, sekarang kita telah berada dalam bulan Rejab 1441 Hijrah

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Khamis, Disember 26

Fenomena Gerhana Matahari Hari ini. 26/12/2019

Assalamualaikum

Hari ini sempat tengok live fenomena Gerhana Matahari dari bermulanya dan sehinggalah tamat gerhana tersebut.


Hari ini, Malaysia akan berpeluang menyaksikan kejadian alam yang jarang-jarang berlaku, gerhana matahari cincin atau anulus di Tanjung Piai, Johor dan Serian di Sarawak.
Kali terakhir fenomena alam ini terjadi kira-kira 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998.
Pengarah Planeterium Negara Anita Bahari dilaporkan berkata sebelum ini bahawa, fenomena alam tersebut hanya berlaku setiap 20 tahun sekali.
Menurutnya, fenomena itu akan berlangsung pada jam 11.26 pagi (fasa pertama) dan menghasilkan Anulus (fasa empat) tepat jam 1.21 petang di Tanjung Piai - manakala di Serian Serawak bermula jam 11.49 pagi dan menghasilkan gerhana penuh pada jam 1.46 petang.

“Alhamdulillah, Rasa amat bersyukur kerana dapat menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku ini di waktu puncak iaitu waktu tengah hari dan dapat melihatnya sendiri dengan mata kasar.kebetulan pula cuaca hari ini amat baik dan terang tiada litupan awam yang melindungi matahari.. Dan rasa bertuah juga kerana kebetulan di Tempat saya bertugas terdapat lapisan2 tinted gelap ataupun film yang telah dibuang  oleh pemandu kenderaan semasa membuat pemeriksaan cermin gelap. Lapisan-lapisan tinted tersebut dilipat-lipat menjadi banyak lapisan kemudiannya dihadapkan ke matahari.. Maka ternampaklah matahari.Dimana pergerakan bulan memasuki matahari kelihatan dengan jelas sekali' 
Saya rasa, ini adalah satu keajaiban dan ketaajuban kita  terhadap penciptaanya iaitu Allah SWT,” 

Ahad, Disember 15

Kenangan 15 Dis 2017,

Assalamualaikum semua.

Hari ini 15.12.2019. Genap 2 tahun sudah.
mengingatkan pada tarikh tersebut. dimana Pada tarikh tersebut saya dan isteri pernah pergi mengerjakan ziarah Turki dan menunaikan umrah ke Madinah dan kota suci Mekah dalam satu pekaj dengan Andalusia Travel .dan disini saya catitan kenangan manis kembara Turkey kami yang masih di ingati sampai ke hari ini..👀

Istanbul, Kota Penuh Sejarah Tarikan Dunia

Istanbul, salah satu bandar utama bagi Negara Turki. Kawasan yang mempunyai empat musim ini adalah destinasi pelancongan sepanjang tahun yang sangat menarik. Terdapat banyak tempat menarik di Istanbul,Turki .yang anda boleh lawati.

 Bermula dari KLIA kumpulan yg saya sertai dipertemukan dengan grup dari negeri2 lain termasuklah dari Pahang,Melaka,Johor dan Kedah. Kami dipertemukan juga dengan Mutawif yang akan mengetuai grup kembara kami kesana, Mutawif yang bernama Ustaz Firdaus Baharuddin atau panggilan FB je, Mutawif kami berasal dari selangor. Disamping menjadi Mutawif beliau juga mengendalikan Pusat Pengajian AlQuran AL Baghdadi di Sungai Besi Kuala Lumpur.

Perjalanan kami berlepas dari KLIA pada jam 23:55

Penerbangan kami dan rombongan menggunakan penerbangan Turkey Airlines. Dari Kuala Lumpur - Istanbul.
Dalam penerbangan ini sempat juga merasai makanan ala2 turki, Berasaskan roti,sayuran dan kentang.

Tiba di Turki pada waktu subuh disana yang mengambil masa hampir 12 jam rasanya. rombongan kami di disambut oleh pemandu pelancong seorang wanita berbangsa Turki yang bernama Naddirah.

Rombongan kami dibawa dengan bas untuk ke kota Bursa...Kami agak bertuah kerana pemandu pelancong rombongan kami boleh berbicara bahasa Malaysia/Indonesia cikit-cikit" Dalam perjalanan ke kota Bursa. kami singgah di

Masjid Abu Ayyub Al-Anshari.

Mengikut Sejarah Abu Ayyub Al- Anshari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar. Beliau mendapat penghormatan kerana semasa Rasulullah s.a.w berhijrah dari madinah ke kota mekah .Dimana Unta yg dinaiki Rasulullah saw berhenti dan turun dihadapan rumah Abu ayyub al anshari .  baginda singgah dimana unta tersebut berhenti semasa memasuki Madinah semasa berhijrah dari Mekah ke kota madinah.
Di kota Bursa kami dibawa melawat tempat-tempat bersejarah.termasuklah masjid Hijau (Green Mosque) atau Yesil Camii yang sangat cantik.













Di Bursa rombongan kami menginap di Hotel Gold Majesty. Makanan yang terdapat disini kebanyakannya berasaskan sayuran-sayuran buah2an dan roti. setiap kali makan ada menu lada hijau,terong,tomato yang dipanggang dan berbagai jenis chili yang bewarna-warni yang telah dijeruk.rasanya tak pedas sangat.



Sofya Kebab House Istanbul Turki
Dari kota Bursa kami diBawa ke kedai MUNIRA YAKUP EPE . berbagai-bagai Manisan berwarna warni dan barangan tembaga/Emas yang memukau lebih2 lagi wanita



Dikedai Munira ini terdapat juga rempah-ratus yang bernama safron" denganHarga Setanding Emas. Rempah Paling Mahal Di Dunia.
Pernah tak anda gunakan safron dalam masakan? Safron inilah sejenis rempah yang sangat ekslusif dan biasanya digunakan dalam masakan Timur Tengah. Kalau di Malaysia, orang gunakan untuk masak nasi beriani atau nasi Arab.
Kadang-kadang safron digelar za’faran iaitu dalam bahasa arab yang bermaksud kuning. Nama ainnya yang jarang kita dengar adalah koma-koma, bunga kumkum atau nama saintifiknya crocus sativus.

Sambil-sambil menunggu wife .sempat berkenalan dgn pemandu Bas pelancong yang membawa kami pada hari itu.
Semasa berada di kota Bursa , suasana agak berbeza kerana penduduk disana agak berlainan .kebanyakan orang-orang disana berjalan kaki sahaja. dimana-mana terdapat pejalan kaki entah kemana tujuannya..

selepas membeli barang. kami dibawa menikmati keindahan ciptaan tuhan iaitu ke tanah tinggi
Pergunungan untuk menikmati suasana salji..
Alhamdulilah rasa tak terhingga kerana dapat memijak ais-ais ketul salji di Uludag.
rombongan kami berkesempatan menaiki Feri melintasi laut marmara 




Seterusnya kami dibawa ke perkarangan Istana Topkapi.dan ianya dijadikan muzium. sebelum memasuki muzium kami berkesempatan bersiar-siar di hadapan Hagia Sophia




Istana Topkapı terletak menghadap selat Bosphorus yang bertemu Laut Marmara dan dibina pada abad ke-15 semasa pemerintahan Sultan Mehmet II yang juga dikenali sebagai alFateh – Penakluk Konstatinopel.
Ia terletak di kawasan yang menghimpunkan tempat-tempat tarikan yang mesti dikunjungi di Istanbul termasuk Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) dan Muzium Hagia Sophia, yang terletak berdekatan satu sama lain.










kami dibawa belayar menaiki feri yang membawa kenderaan yang kami naiki
 di selat Bosphorus  . Selat Bosphorus adalah selat yang memisahkan Turki bahagian Benua Eropa dengan Turki bahagian Benua Asia. Selat ini menghubungkan antara Laut Marmara dengan Laut Hitam.







Pada keesokan harinya.rombongan kita sekali lagi ke Hagia Sophia untuk terokai khazanah peninggalan kerajaan Uthmaniyyah.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas 
Aya Sophia (B. Greek: Ἁγία Σοφία); Hagia Sophia (bahasa Turki: Ayasofya; bahasa Arab; آيا صوفيا, berasal daripada perkataan Yunani: Ἁγία Σοφία, "Hikmah Suci"; bahasa Latin: Sancta Sophia atau Sancta Sapientia) merupakan sebuah struktur bangunan muzium yang terletak di IstanbulTurki. Bangunan ini sering dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia. Pada mulanya, Aya Sophia dibina sebagai sebuah katedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium bermula pada tahun 1935.





Di luar Berhampiran dengan Hagia Sophia terdapat bongkah2 ukiran yang sangat Unit







Berhampiran dengan Hagia Sophia terdapat Masjid Biru.
Kebanyakan pelancong melawat Turki tidak akan Melepaskan peluang melawat masjid biru ini.
Masjid Biru (Blue Mosque) atau Masjid Sultan Ahmed merupakan masjid yang berada di Istanbul, kota terbesar di Turki.
Masjid ini dibangun antara tahun 1609 dan 1616 atas perintah Sultan Ahmed I yang kemudian namanya dijadikan nama masjid tersebut. Beliau dimakamkan di halaman masjid.





Tempat persinggahan terakhir kami adalah di Grand Bazaar. Rambang mata apabila berada di Grand Bazaar ni.Masakan tidak! Dalam Grand Bazaar sahaja ada lebih 100 lorong dan dikatakan lebih 4000 buah kedai yang berada di dalam Kawasan tersebut! Carilah apa produk Turki yang anda mahukan, pasti dijumpai!
Sesiapa yang sampai ke Istanbul dan tidak sampai ke Grand Bazaar, maka, dia belum sampai ke Istanbul yang sebenar-benarnya..... Dan Sesiapa yang pergi ke Turki dan tidak sampai ke Istanbul, dia belum sampai ke Turkey yang sebenar-benarnya.☺☺
Seloroh Pemandu Pelancong kami.




Pasar Grand Bazaar ni terbahagi kepada 2 bahagian, Dalam bagunan yang tersusun rapi dengan barangan seperti barangan hiasan/rempah-ratus/manisan dan sebagainya yang bewarna-warni. Manakala dibahagian luar yang beratapkan khemah di lorong-lorong yg memisahkan bangunan batu..kebanyakan barangan yg terdapat dipasar bahagian luar adalah barangan berasaskan kulit dan pakaian.



Kembara Turki kami berakhir disini dulu...
Inshaallah Kembara Dua Kota Suci selepas ini... jika berkesempatan menulisnya..

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...