Jumaat yang banyak kelebihannya, hari ini kebanyakan Masjid Mengerjakan solat hajat selepas solat jumaat, Memohon dipermudahkan oleh allah SWT mendoakan kesejahteraan pesawat MH370 serta solat hajat memohon hujan turun yang sekian lama terhenti, Dan solat hajat menghindarkan cuaca jerebu.......
Pada Petang ini AKU sempat mengerjakan solat maghrib berjemaah di surau Taman Seri Bayu Karak, Pahang. Namun apa yang membuat hati aku terkedu sayu sebentar ,ialah sesudah saja Iman memberi salam tamat solat Maghrib tiba-tiba terdengar rintik-rintik hujan mula turun, dan turun,dan turun lagi dengan lebatnya... Terdengar jeritan makmum sebelah bahu kanan AKU melafazkan Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa-doa hambanya yang beriman denganya ,Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang hambanya ini kehendaki......... Perasaan aku sangat-sangat terasa gembira,suka, hiba dan kegembiraan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata melainkan hanya airmata yang gugur di kelopak mata!.....