Assalamualaikum..,
Alhamdulillah pagi yang berbahagia ini, jom kita kongsikan ilmu yang bermanafaat, disini saya nyatakan sedikit fadhilat ayat 128 dan 129 surah At Taubah.. Jom kita amalkan bacaannya setiap pagi sebelum memulakan kehidupan tugasan harian kita. Semoga bermanafaat.. 😂 selamat beramal...
Ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sabarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu,(dari) ia pula menunjukan belas dan kasih sayang kepada orang yang beriman"
Ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.