Semanjak-Duamenjak ni rasa malas sangat nak meng update blog ni, Ntah mengapa tak tahu!...rasa-rasanya mungkin tekanan darah ada naik agaknya dan kepala pun rasa ada pening-peninglah... Ubat yang diambil di klinik kesihatan karak pun dah dimakan, tapi pening kepala masih lagi terasa....tak tahulah apa lagi ubat yang perlu dimakan!. cite pasal ubat ni memanglah meletihkan... Saya ni memang tak suka makan-makan ubat. makan ni pun kerana nasihat abang ipar & kakak-kakak. mereka selalu berpesan agar selalulah makan ubat."jangan putus ubat" katanya...
cite pasal Tahun Baru Cina... pada tahun ini berlainan sedikit maklumlah semenjak 15 tahun saya bekerja di karak maka pada tahun ni lah baru saya dapat balik kampung semasa sambutan tahun baru cina dan sebelum,sebelum,sebelum ni memeng tak pernah balik kg semasa TBC. Tahun ni rasa sangat bertuah kerana majikan tempat saya bekerja mengistiharkan bercuti 14 & 15 Feb, manakala pada 12 & 13 Feb, jatuh pada cuti hujung minggu saya..... maka dapatlah 4 hari.... bolehlah balik kampung pada TBC tahun ini..........
Tut,tut.tut balik daripada kampung pulak. ada pula penyakit lain yang timbul!.. tak tahulah tak pernah-pernah sebelum ni dapat penyakit macam ni... nak tahu penyakit apa yang dijangkiti??... kah,kah,kah penyakit Jerawat Batu rupanya.... tengoklah kat picture yang disertakan ini.............(klik pada pic untuk saiz besar)
.
** Barang siapa yang bersungguh-sungguh berjalan pada jalannya maka pasti ia akan sampai pada tujuannya **
Langgan:
Catatan (Atom)
Pembukaan Tahun 2021.
Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah" Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...
-
Syukur Alhamdulillah Pagi yang berbahagia ini sempat mendengar kuliah jemputan dipejabat,. membincangkan hal2 mengenai Pendinding dari gang...
-
Hari ini tak ada apa-apa nak coretkan . Kurang sihat... maklumlah baru aja lepas kerja waktu malam ... kawe ni kalau kerja waktu malam meman...