Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Sabtu, Mac 20

Bercuti Ke Pulau Langkawi....

Pada cuti sekolah kali ini berlainan sedikit, kerana tak balik kampung! biasanya musim cuti-cuti macam ni balik ke Terengganu...tahu sajalah kekadang jemputan kenduri-kendara pun banyak. Tapi kali ini tak ada pula saudara seangkatan dengannya mengadakan majlis kenduri seumpama itu.  Mungkin kerana itulah kita orang pun merancang percutian ke pulau Langkawi...
   Sebenarnya rancangan bercuti ini telah dipelan awal-awal lagi, Maklumlah nak gunakan penerbangan Tambang Murah.. Maka kenalah tengok-tengok kat intenet bila boleh dapat tiket Promo penerbangan tambang murah tuu... kalau bernasib baik boleh dapat! tapi kena rajin klik-klik ke Airasia.com.my
     Dot.dot.dot..... maka dengan itu saya bernasib baik kerana rajin klik!klik! kat Airasia.com.my maka tiket promo itu pun dapatlah dimiliki. pada kadar tambang bawah RM50 seorang perjalanan untuk pergi. Dan perjalanan balik pula tambangnya lebih sedikit dari yang pergi itu tapi masih pada kadar harga promosi lagi. kalau ingin mendapat tiket dengan kadar yang rendah kenalah booking tiket seawal 3 bulan sebelum penerbangan sebenar.... Tiket yang saya ambil ini pun telah ditempah pada penghujung tahun 2009 lagi..
    Maka bercutilah kami sekeluarga pada 17 March sehingga 19 March 2010....

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...