Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Selasa, Januari 5

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ saya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah" Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpur..pada 03 januari 2021 atas dua tujuan.. pertamanya hendak menghatar anak ke Raub Pahang kerana baru dapat kerja. manakala keduanya ingin jumpa tok guru kami yang mengajar ilmu bahasa quran.sorof,nahu dan balagrah.. pengajiannya secara percuma melalui online. Kelas pengajian ini di kendalikan oleh Ustaz Abdullah Endut.





Berbagai dugaan ditempuhi untuk sampai kesana.. Terkandas di LPT2 disekitar Gambang Pahang.. kenderaan yg saya naiki diarahkan untuk keluar ke Tol Gambang kerana laluan sekitar km198(arah barat) di limpahi air banjir.. 5 jam kami terkandas di sana.. memandangkan keadaan sesak disekitar tol gambang, kami ambil keputusan untuk berpatah balik menuju ke Kuantan

Dalam keadaan yg terkecewa itu timbulah idea untuk singgah kemana-mana tempat sambil menunggu keadaan pulih kembali dan kami sempat kerumah sahabat kampung semasa kecik dulu berjiran denganya...


inilah sahabat ambo namanya Roziah bt abdullah dan suami En. Jamali.. Terima kasih sudi terima kunjungan kami sebagai tetamu .

Lebih kurang 4 jam lebih kami sembang dirumah en,Jamali  Beliau menetap di kampung Kempadang Tanjung Lumpur Kuantan...sambil-sambil sembang sambil baca info banjir. dalam jam 4 petang kami terima mesej drp info banjir mengatakan laluan ke Kuala Lumpur telah dibuka semula.

sambung perjalanan ke KL amat menjemukan terpaksa hadapi jem kesesakan jalanraya yang teruk dengan sabar dan tenang..Akhirnya pada jam 10 malam barulah kami tiba dipenginapan tempat menumpang sementara di Kuala Lumpur.

Dan pada kesokannya kami bertolak ke kediaman Ustaz Abdullah Endut di kampung Tunku Petaling Jaya Selangor.






Rasa amat teruja dapat bertemu dan bersua-muka dengan Tok Guru kami iaitu Ustaz Abdullah Endut dan isteri Pn, Rahimah.. seronaknya ustaz apabila kami bertutur kata dalam bahasa loghat terengganu...
walaupun Pn,Rahimah tak faham bahasa terengganu .namun tetap ceria dan tersenyum.

Terima kasih ustaz.. 
sebelum kami mengundur diri dari rumah ustaz sempat lagi kami lawati laman rumah ustaz. suasana macam ala-ala kampung walaupun tinggal di Bandaraya. sekitar halaman rumah ada terdapat pokok kelapa,rambutan ,nangka madu, ubi kayu dan mcm2.. malah ayam peliharaan  pun ada. ust panggil ayamnya "ali".😃

Tiba masanya untuk kami pulang.. sempat lagi ust berceloteh loghrat" ganu.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada ustaz Abdullah Endut. sempat lagi beri kepada kami kitab-kitab rujukan dan nota-nota berkaitan Pembelajaran Nahu,sorof Balagrah" Road To Jannah"
bukan kitab saja saya dapat malah ..
Buah nangka Madu. batang ubi kayu.buah kelapa pandan diberi kpd kami.. sedangkan kami dari kampung sepatutnya kami bawak ke bandar benda2 sedemikian" ni terbalik pulak"

Ustaz Kami Memang Terbaik'.. "demi mahukan anak-anak murid mewarisi dan menguasai Bahasa Al Quran (nahu/sorof/balagrah).. Ustaz sanggup mengeluarkan pembelanjaan sendiri belikan kitab-kitab rujukan dan poskan kepada semua anak muridnya malah btg ubi kayu, buah kelapa,buah nangka madu , di poskan dengan pembelanjaan sendiri ke seluruh semenanjung malaysia dan sabah dan Sarawak.


Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...