Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Isnin, Februari 1

Menziarahi orang sakit

Rasanya lama juga tak jengok dan menulis diblog, Maklumlah sibuk dengan kerja dan ambil, serta menghatar anak-anak pergi dan balik sekolah.. Al maklumlah minggu lepas tu jadi Bapak & Ibu sekaligus, kerana emaknya kena berkursus(cikgu) di temerloh selama 3,4 hari juga. Dan hujung minggu lepas barulah ada sedikit masa untuk bersama keluarga bersantai.. Maka pada sabtu 30 Jan. 2010 sempatlah bersantai dengan keluarga dengan menziarahi orang sakit yang berada di Hospital Besar Kuala Lumpur & Di Flet Bandar Tun Razak Cheras..
Semasa berkunjung ke rumah bapa mertua mak'su yang berada di Bandar Tun Razak kita orang sekeluarga menaiki LRT, nak pergi redah dengan kereta sendiri takut tak jumpa , maklumlah baru sekali aja pergi, tu pun 3 tahun lepas. rumah nya hanya bersebelahan dengan stesen LRT bdr Tun Razak.. rasanya dah tentu senang menaiki LRT.. Turun aja kat stesen LRT tersebut terus nampak kediamannya..maka dalam perjalanan menaiki LRT sempatlah klik,klik photo untuk kenangan...

Kunjungan yang Kedua pula kita orang pergi menziarahi akak yang mengajar mengaji Quran anak-anak kami yang baru sudah oprik usus (ada ketumbuhan) di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pusing-pusing kat hospital sangat memenatkan walhal tak ada tempat nak parking... terpaksa pusing-pusing berulang kali..Susah betul lah duk KL tuu...

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...