Hari ini sempat tengok live fenomena Gerhana Matahari dari bermulanya dan sehinggalah tamat gerhana tersebut.
Hari ini, Malaysia akan berpeluang menyaksikan kejadian alam yang jarang-jarang berlaku, gerhana matahari cincin atau anulus di Tanjung Piai, Johor dan Serian di Sarawak.
Kali terakhir fenomena alam ini terjadi kira-kira 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998.
Pengarah Planeterium Negara Anita Bahari dilaporkan berkata sebelum ini bahawa, fenomena alam tersebut hanya berlaku setiap 20 tahun sekali.
Menurutnya, fenomena itu akan berlangsung pada jam 11.26 pagi (fasa pertama) dan menghasilkan Anulus (fasa empat) tepat jam 1.21 petang di Tanjung Piai - manakala di Serian Serawak bermula jam 11.49 pagi dan menghasilkan gerhana penuh pada jam 1.46 petang.
“Alhamdulillah, Rasa amat bersyukur kerana dapat menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku ini di waktu puncak iaitu waktu tengah hari dan dapat melihatnya sendiri dengan mata kasar.kebetulan pula cuaca hari ini amat baik dan terang tiada litupan awam yang melindungi matahari.. Dan rasa bertuah juga kerana kebetulan di Tempat saya bertugas terdapat lapisan2 tinted gelap ataupun film yang telah dibuang oleh pemandu kenderaan semasa membuat pemeriksaan cermin gelap. Lapisan-lapisan tinted tersebut dilipat-lipat menjadi banyak lapisan kemudiannya dihadapkan ke matahari.. Maka ternampaklah matahari.Dimana pergerakan bulan memasuki matahari kelihatan dengan jelas sekali'