Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Selasa, Februari 25

Cuaca Panas Melanda Negara Kita.

Gelombang panas
Gelombang panas berlaku apabila suhu semasa adalah lebih tinggi daripada suhu normal setempat.
Menurut pakar kaji cuaca, suhu bagi orang yang berasal dari kawasan panas yang dianggap normal boleh menjadi gelombang panas di daerah yang biasanya mempunyai suhu lebih rendah.
Gelombang panas yang teruk dikenal pasti sebagai punca kematian akibat hipertemia iaitu suhu badan meningkat menjadi amat panas. Ia juga boleh menjadi penyebab gangguan bekalan tenaga berikutan peningkatan penggunaan alat pendingin hawa


Pakar juga menjelaskan, gelombang panas merupakan satu situasi suhu tinggi selama beberapa hari yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada individu yang terdedah kepada cuaca berkenaan.
Gelombang panas terjadi apabila suhu tinggi luar biasa berlangsung selama beberapa hari. Ia juga boleh berlaku dalam waktu yang singkat dengan pertambahan suhu secara mendadak.
Di sebalik cuaca panas, warga Malaysia belum diserang gelombang panas sehingga hari ini, jelas pihak berkuasa berkaitan.
Seorang pegawai jabatan berkenaan yang enggan namanya disiarkan menerangkan, musim panas kini disebabkan angin Monsun Barat Daya yang biasanya membawa awan yang sedikit.
"Ini mendedahkan kita kepada lebih sinar matahari dan panas terik.
"Biasanya suhu ketika ini sekitar 33 darjah tetapi kita mengalami suhu 34 hingga 35 darjah Celcius," kata beliau.
Pegawai itu menjelaskan, catatan suhu itu belum mencecah suhu yang dianggap gelombang panas tetapi seandainya melebihi 37 darjah, barulah Malaysia mengalami apa yang dikatakan sebagai gelombang panas seperti yang dicatat kali terakhir semasa fenomena El Nino pada tahun 1998.
Sementara itu, pakar-pakar kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah melainkan mereka perlu menjalani aktiviti harian.




Jauhi panas terik
"Minum banyak air jika anda perlu keluar rumah. Anda juga dinasihatkan tinggal di dalam rumah yang memiliki kelengkapan pendingin hawa ataupun yang mempunyai pengudaraan yang mencukupi.
"Walaupun terpaksa keluar rumah, jauhilah daripada panas terik matahari.
"Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak dan pastikan minum air setiap jam walaupun anda tidak berasa dahaga," nasihat pengamal perubatan, Dr. Shuhaimi Jamil dari Rawang, Selangor.
Bagaimanapun, Shuhaimi mengingatkan pesakit yang terpaksa minum air dalam kuantiti terhad seperti pesakit buah pinggang supaya mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu


























Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...