Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Isnin, November 23

 Assalamualaikum..,

Alhamdulillah pagi yang berbahagia ini, jom kita kongsikan ilmu yang bermanafaat, disini  saya nyatakan sedikit fadhilat ayat 128 dan 129 surah At Taubah.. Jom kita amalkan bacaannya setiap pagi sebelum memulakan kehidupan tugasan harian kita. Semoga bermanafaat.. 😂 selamat beramal...


Ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sabarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu,(dari) ia pula menunjukan belas dan kasih sayang kepada orang yang beriman"

Ayat 129 

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.


Khamis, November 19

  "Harta akan habis jika digunakan, tapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika digunakan."

Tarikh: 19/11/2020 (Khamis)

 Assalamualaikum...

Hari ini masuk tengok ke ruangan Blog, yang dah lama tak update, kekok pulak rasa nak menulis apabila dah lama tak berbuat demikian.. story pun tak ada nak karang... cuma tu lah.. PKPB masih berkuatkuasa sehingga 6/Dis 2020.😊

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...