Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Sabtu, Mei 8

Hari Jadi Siti Hajar

Hari ini 8 mei 2010 merupakan tarikh ulangtahun kelahiran anak ketiga kita, Nak tak nak pun terpaksalah layan juga permintaan anak-anak ni! bukan apa? Apabila tiba tarikh ni yang di mintanya adalah KeK HaRiJaDi.. lah. Nasib baiklah maknya dah tempah dengan akak yg kerja kat Pembantu Pra Sekolah tu semalam! "Jimatlah cikit duit bapaknya". maka si siti hajar jemputlah kawan seangkatanya untuk memeriahkan majlis kecil-kecilan itu.....

kerja tempat baru.

Selamat bertemu semula kepada rakan-rakan yang selalu berkunjung ke blog kami ini........ maklumlah dah bertukar tempat kerja baru!!. Oooo.... ada rakan-rakan tidak mengetahui dimana saya bertugas kini ya?. Mulai 3 MEI 2010 saya telah berpindah tempat kerja baru iaitu di TEMERLOH( bandar ikan patin).

Khamis, Mac 25

"Nombor Bertuah"

Hari ini khamis 25 Mac 2010
Menghadiri diri ke Sekolah Kebangsaan Karak kerana Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 37, Bertempat di Kantin sekolah pada sebelah petang yang dirasmikan oleh Pegawai Dearah Bentong..
    Hari ini mungkin agak bertuah kerana mesyuarat Agung pada kali ini diadakan cabutan bertuah bagi sesiapa yang menghadiri mesyuarat tersebut... nombor bertuah saya kali ini bernombor "85"
semasa cabutan dilakukan asyik no orang saja bertuah! namun ku punya hati dapat dirasakan memang no "85" ni tak ON!
Tut, tut. tut, Diumumkan hadiah paling terakhir ialah Ber..................No... 85.
Rupa-rupanya hadiah yang paling terakhir ini adalah hadiah yang paling besor dan paling-paling bertuah.
Bertuahnya NO 85

Sabtu, Mac 20

Bercuti Ke Pulau Langkawi....

Pada cuti sekolah kali ini berlainan sedikit, kerana tak balik kampung! biasanya musim cuti-cuti macam ni balik ke Terengganu...tahu sajalah kekadang jemputan kenduri-kendara pun banyak. Tapi kali ini tak ada pula saudara seangkatan dengannya mengadakan majlis kenduri seumpama itu.  Mungkin kerana itulah kita orang pun merancang percutian ke pulau Langkawi...
   Sebenarnya rancangan bercuti ini telah dipelan awal-awal lagi, Maklumlah nak gunakan penerbangan Tambang Murah.. Maka kenalah tengok-tengok kat intenet bila boleh dapat tiket Promo penerbangan tambang murah tuu... kalau bernasib baik boleh dapat! tapi kena rajin klik-klik ke Airasia.com.my
     Dot.dot.dot..... maka dengan itu saya bernasib baik kerana rajin klik!klik! kat Airasia.com.my maka tiket promo itu pun dapatlah dimiliki. pada kadar tambang bawah RM50 seorang perjalanan untuk pergi. Dan perjalanan balik pula tambangnya lebih sedikit dari yang pergi itu tapi masih pada kadar harga promosi lagi. kalau ingin mendapat tiket dengan kadar yang rendah kenalah booking tiket seawal 3 bulan sebelum penerbangan sebenar.... Tiket yang saya ambil ini pun telah ditempah pada penghujung tahun 2009 lagi..
    Maka bercutilah kami sekeluarga pada 17 March sehingga 19 March 2010....

Selasa, Mac 9

Terkenang-kenang semasa Bujang tang tang tang

Dah lama tak takok-tambah di blog kami kerana kesibukan
dengan kerja-kerja yang tak akan berkurangan
dan hari ini terbelek-belek album gambar
yang lama-lama dulu maka terjumpa
gambar-gambar yang mancho!
dan body masih slim semasa
bujang-bujang dulu.
 masa tuu belajar
di ITIKL
Jln Kuchai Lama.

Isnin, Februari 22

Ke Putrajaya Lagi....

Hujung minggu ni berkunjung ke Putrajaya lagi.... berkunjung ke rumah "mak'su"nya yang tinggal kuartes prst, 14. dan sempat bermalam disana. Berkebetulan semasa berkunjung ke Putrajaya ada pulak karnival "Jom Putrajaya" Jadi bolehlah jalan-jalan kat karnival tersebut.. Dan pada keesokannya pula kami sekeluarga ingin mencuba menikmati perjalanan dengan menaiki keretapi laju yang dipanggil ERL. Erl ni ada dua jenis , satu ERL EKSPRESS & Satu lagi ERL TRANSIT..
Semasa di Karnival jom putrajaya berlatarkan Motosikal roda tiga
 Di Garai Perbadanan Putrajaya


"Mak,su"bawa kami jalan-jalan ke karnival Putrajaya

     Maka nak diceritakan saya sekeluarga pergi ke Putrajaya Sentral untuk membeli ticket nak naik erl.... Erl Transit. Tiket yang dibeli perjalanan dari Putrajaya ke LCCT(terminal Penerbangan Murah Airasia)Pakej berserta dengan tiket shuttle bus..Dari putrajaya kami naik ERL Transit ke Stesen Salak Tinggi kemudian naik bas pula ke Lcct. Pakej tersebut termasuk ticket ERL dan shuttle Bas sekali dengan kadar tambang Rm 5.50 dewasa serta Rm 4.00 kanak-kanak. Untuk pengetahuan juga Erl Transit ini perjalanannya dari KL sentral (KL) ke KLIA Sepang dan singgah di beberapa stesen termasuklah tempat saya naiki ini iaitu Stesen Putrajaya& Cyberjaya  .Memang seronok naik Erl Transit ni kerana ianya senyap, laju dan yang seronoknya tak ramai penumpang dan boleh pilih mana -mana kerusi untuk diduduki.
semasa di Putrajaya Sentral nak beli Tiket ERL Transit


Tiket ERL KLIA Transit dah beli..


Angah & Kakak nak tunggu Naik ERL di Stesen Putrajaya

Erl Ekspress dalam perjalanan,
Yes' dah dapat naik Erl
Wah" angah begitu gembira naik Erl

Suasana dalam Erl... laju/senyap/tak ramai penumpang.
Ni pula didalam Shuttle Bus yang dinaiki. selesa dan ruangan tempat duduk yg luas
Sedang menunggu ERL distesen Salak Tinggi

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...