Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Sabtu, Januari 2

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010......kepada semua pelawat blog saya iniSemoga kedatangan tahun Baru ini dapat menambah keceriaan serta memberikan lebih kebaikan yang bermakna daripada tahun-tahun sebelum ini.


Bye!..Bye!.. 2009

Selasa, Disember 22

Persediaan ke SeKoLaH

    Mulai minggu ini terasa sangat sibuk, Maklumlah pakaian & buku-buku persekolah anak-anak masih belum dibeli lagi..Esok pula pendaftaran kemasukan sekolah 2010 dah bermula..tengok-tengok yang kena di bayar pula tu dah berjumlah RM lima ratus ringgit lebih maka terpaksalah korek-korek di simpanan Tabung Haji .. tu tak  termasuk lagi pakaian & kasut sekolah yang akan dibeli pada hujung minggu ini..oop! kopek lagi si tabung simpanan nanpaknya! Bukan itu saja. BEg sekolah pun nak kena tukar tiap-tiap tahun. Masa kita sekolah dulu-dulu tak lah macam ni.. kalau BEg yang kita pakai tu boleh tahan sampai beberapa tahun... tapi sekarang ni anak-anak tak mahu .... nak yang baru-baru saja..
tapi janganlah ikut kata-kata hikmah ni "BiAr PaPa asal Bergaye"

Sabtu, Disember 12

Jalan- Jalan ke Negeri Johor

  Semasa berada kat Johor Baharu sempatlah kita sekeluarga pergi ronda-ronda..... Maka sampailah kita ke Pusat Pentadbiran baru di NUSAJAYA. Tempat tu taklah seperti Putrajaya. kerana Nusajaya tu baru aja di tempatkan beberapa pejabat pentadbiran.. hanya pejabat pentadbiran saja baru siap & tiada lagi kemudahan-kemudahan lain di sediakan...... sempatlah di fotokan beberapa keping gambar di Nusajaya Sana!





Pejabat Menteri Besar Johor yang Baru Di Nusajaya.


Majlis Kenduri Kahwin Rozi & Nor Fadzilah di Benut pontian Johor

Doh lama weh tak tulis kat laman ni... bukan apanya sibuk sangat satu, dua minggu ni, maklumlah minggu cuti sekolah dah bermula. Macam-macam kenduri ada... Kenduri Kahwin, Kenduri aqiqah, Kenduri nak ....POTONG! potong, POTong.. & macam-macam lagi....
    Maka pada hari ini barulah kitaorang sempatlah muat turun beberapa keping gambar yang telah dirakamkan semasa ke Majlis Kenduri Kahwin Adik Ipar yang berlangsung di JOHOR . Majlis tersebut berlangsung selama dua hari dimana pada hari jumaat 4/12/2009(majlis akad nikah). & pada sabtu 5/12/2009( majlis kenduri pengantin baru) yang diadakan di Kampung Parit makuseng di Benut Pontian Johor




Rabu, Disember 2



Majlis anugerah Kanak-kanak taska Nurul Hidayah Taman seri bayu Karak

Hari ini tak ada apa-apa nak coretkan . Kurang sihat... maklumlah baru aja lepas kerja waktu malam ... kawe ni kalau kerja waktu malam memanglah tak berapa gemar...tidonya waktu siang (rasanya tak puas tido)- kepalanya ada fei..ning-fei..ninglah sedikit. so tak apa.. demi tugas untuk negara.......
Jadi nak pendekan cerita ginilah; belek-belek album gambar sewaktu majlis tamat sekolah Taska tempat anak-anak kawe iaitu Taska Nurul Hidayah Taman Seri Bayu Karak...Dan disini di letakkan beberapa picture yg di klik-klik di majlis tersebut........

Khamis, November 26

sedih tak balik kampung

Hari ini khamis sehari sebelum Raya haji. tapi masih bekerja, waktu kerja hari ini bermula jam 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam....Nampak gayanya tahun ini raya di karak aja,  Sedih juga rasanya lebih-lebih lagi apabila malam nanti terdendar takbir bergema di corong-corong radio & TV.. Namun apa kan daya demi tugas untuk negara. biarpun beraya di tempat orang namun hati ini masih terasa sedih terkenangkan kampung halaman serta sanak saudara. tapi tak mengapalah sekali sekala rasa kesedihan sebegini dapat menguatkan lagi ikitan tali persaudaraan sesama keluarga kita

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...