Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Selasa, Jun 17

Muatnaik Gambar semasa bercuti D" kampung halaman.

Gambar-gambar yang di muat naik ke Blog semasa bercuti pada musim cuti sekolah bermula dari 29 Mei -8 Jun 2014.......Syoknya cuti-cuti.
 Majlis Akad Nikah Ahmad Syafik (Anak Saudara) dan Majlis Rombongan Pengantin Lelaki.



































Khamis, Mei 1

1.Mei 2014...... cuti umum hari pekerja,

Assalamualaikum
Hari ini merupakan hari Ulangtahun yang ke 18 tahun aku sudah mengikat ikatan yang utuh bersama isteri mengemudikan Bahtera rumahtangga, berbagai cabaran telah dilalui ... bermacam ragam gelombang ditempuhi untuk mengiakan kebahagian sampai ke hari ini.... hari ini sempat menyambut dan meraikan ulangtahun yang ke 18 dengan acara ringkas lagi bermakna. antara berdua.


































Isnin, April 7

7.4.2014..jam 6.00Ptg ,Di Petrol Pam BHP Karak?

Sudah lama tak menulis diruangan blog ku ini, namun hari ini aku paksakan diri ini untuk ku coretkan sepatah dua kata untuk dikenang-kenang di masa akan datang. pekara hari ini berlaku kepada diri ku semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Temerloh,, Aku berhenti untuk mengisi angin tayar kereta Proton Sajaku  di petrol pam BHP karak.. ha,ha jangan ketawa! saja Aku gelarkan keretaku "PROTON SAJA". sambung lg cerita tadi, semasa aku tengah ralik mengisi angin tayar keretaku, aku diterpa oleh seorang Anggota Tentera yang lengkap memakai pakaian tentera dengan tanda nama dipoket baju..namanya jelas kelihatan.. tapi aku taklah menghebahkan namanya di coretan ini.. biarlah ianya hanya aku saja mengingatinya... ASSA LAMUALAIKUM...... di ucapkan kepadaku.. aku menjawab "Waialaikumusallam"... En ni POLIS kan katanya kepada  ku.!. aku jawab taklah.. Anggota Tentera tadi tu merintis dengan nada sedih, Encik saya ni malu nak Cakap'.Saya tanya apa yang hendak dicakap. beritahu ajalah apa yang nak dicakapkan.. Katanya dia dalam kesusahan ni Duitnya(bag duit) sudah hilang.. nak isi minyak motor nak balik ke Kuala Lumpur tak ada duit... En boleh pinjam duit tak? tanyanya kepada saya.. katanya lagi, Dia selalu Berulang-alik dari KL Ke Mempaga(Kem Askar) tiap-tiap hari....Dan. hari ini hari paling malang baginya katanya.... Aku sebenarnya kurang percaya tapi memandangkan pada motorsikal YAMAHA LC yg dinaikinya ada terpampang stiker kem askar Mempega(Depo Peluru).dan memperagakan nombornya dengan plat pendaftaran WQN 5_5_...(no motor hanya aku saja mengetahui).Lantas terus aku rasakan askar ini memang dalam kesusahan,..tanpa berfikir panjang aku hulurkan saja duit yang mampu aku bagi kepadanya.. al maklumlah duit dikantung agak nipis lebih-lebih lagi di waktu pulang dari kerja. ha,ha,...........di akhir perjumpaan ini! En Askar tadi ada memaklumkan yg dia akan membayar wang yg dipinjamnya pada esok hari,,, lalu ia minta aku bagi no phone ku untuk dihubungi pada esok hari untuk membayar balik wang dipinjamnya dari aku... Aku harapkan ASKAR ini seorang yang jujur dan akan menghubungi aku esok hari.. Aku tidaklah mengharapkan wang ku dikembalikannya.. cuma ingin kejujuran. Aku mengharapkan beliau menghubungi aku selepas ini...... sesampai saja aku di rumah aku menghubungi sahabat lama aku di tempat kerja lama ku SPK karak , untuk bertanyakan maklumat motosikal yang di naiki askar tadi, ternyata pemilik motosikal tersebut ialah beliau sendiri.. dgn tanda nama yang dipakai pada baju uniform askar tersebut dengan tanda nama tercatit Z _ _ _ _ _....sekian saja catitan yang dapat diolah pada hari ini dan jam menunjukan hampir 12 malam menjelma...Wasallam.

Jumaat, Mac 14

Hujan turun dengan Kehendaknya,..!

Terdetik hati ini ingin memorikan coretan untuk tatapan hari mendatang, Hari ini ingin aku tuliskan apa yang dialami aku sendiri.....
 Jumaat yang banyak kelebihannya, hari ini kebanyakan Masjid Mengerjakan solat hajat selepas solat jumaat, Memohon dipermudahkan oleh allah SWT mendoakan kesejahteraan pesawat MH370 serta solat hajat memohon hujan turun yang sekian lama terhenti, Dan solat hajat menghindarkan cuaca jerebu.......
Pada Petang ini  AKU sempat mengerjakan solat maghrib berjemaah di surau Taman Seri Bayu Karak, Pahang. Namun apa yang membuat hati aku terkedu sayu sebentar ,ialah sesudah saja Iman memberi salam tamat solat Maghrib tiba-tiba terdengar rintik-rintik hujan mula turun, dan turun,dan turun lagi dengan lebatnya... Terdengar jeritan makmum sebelah bahu kanan AKU melafazkan Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa-doa hambanya yang beriman denganya ,Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang hambanya ini kehendaki......... Perasaan aku sangat-sangat terasa gembira,suka, hiba dan kegembiraan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata melainkan hanya airmata yang gugur di kelopak mata!.....


Selasa, Mac 11

4 Hari dah berlalu, MH370 masih tak Ditemui.


Kehilangannya menjadi misteri. sudah 4 hari sedang mencari, Dan terus mencari, 
Di keheningan petang ini aku terasa tersentuh dengan tragedi yang menimpa negara kita. MH370 masih tiada berita, Di kala Manghrib sedang berlangsung aku terpandang kaca TV yang menyiarkan solat Hajat di Masjid As Syakirin KLCC melalui MAYA HD.(Astro)... menyaksikan jamaah yang mengerjakan solat hajat itu ramai yang mengeluarkan air mata, Lantas kedukaan itu menghiris kantung airmata ku, tanpa ku sederi titisan itu tertitik ke pipi, sayu,pilu,haru,.. sambil aku terpaku dihadapan kaca Tv perlahan-perlahan aku mencari sesuatu untuk menyapu titik airmata ku dan sempat menjeling dibelakangku terpandang Isteriku juga sedang terkedu sembil mengesat airmata nya menggunakan lengan baju.... Rupanya airmata isteriku lagi laju berlalu dipipi......" semoga Allah kurniakan permintaan hamba nya ini" amin,amin,amin!.

Isnin, Mac 10

Hari ketiga pencarian MH370....masih buntu!

Walaupun tiada pertalian keluarga dengan aku.... namun kehilangannya MH370 tetap menghiris kedukaan buat ku.


MENANTI KAMU MH370

Langit sudah bertukar kelabu
 Kesedihan melanda terpahat dikalbu
  Seluruh dunia menanti beritamu
   Muncullah kamu MH370 seperti selalu
    Andainya tercalar tinggallah petanda
     Andainya terguris tunjuklah dimana
      Andainya ada tunjuklah rupa
       Tidaklah nanti kami tertanya-tanya
         Sudah tertulis janji bersemi
          Lautan biru bertukar merah
           Ya allah yang tuhan kami kepada mu kami berserah
             #pray for MH370

Sabtu, Mac 8

Pesawat MAS MH370.... Hilang

Hari ini rata-rata media menceritakan kehilangan pesawat Mas Boing 777 MH370 hilang dari radar pada jam 2.40 am 8.3.2014.
Takziah kepada keluarga yang terlibat...

Kehilangan MH370 Misteri Bagi Pakar Penerbangan




Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 awal hari ini menimbulkan tanda tanya kepada pakar penerbangan sehingga menimbulkan spekulasi bencana seperti
letupan atau kehilangan pintu fret yang menyebabkan kehilangan pesawat, lapor Sydney Morning Herald.
Pakat penerbangan dan editor
airlineratings.com
Geoffrey Thomas berkata kepada akhbar milik Fairfax Media itu beliau menjangkakan pesawat tersebut berkemungkinan terlibat dengan "bencana letupan mengejut"
kerana tiada sebarang panggilan kecemasan atau amaran dibuat.

Pesawat Boeing 777-200 dengan 239 penumpang putus hubungan dengan pusat kawalan udara Subang dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.

Ia merupakan pesawat perkongsian kod antara MAS dengan China Southern Airlines.

Thomas, yang terlibat dengan industri penerbangan selama 35 tahun menjangkakan letupan mungkin berpunca daripada sama ada bom pengganas mahupun pintu kargo
tercabut dari pesawat.

Namun beliau berkata, insiden seperti itu tidak berlaku sejak 1970, dan tidak pernah berlaku masalah teknikal terhadap Boeing 777 sejak ia dilancarkan
pada 1995.

Akhbar Australian itu memetik Thomas berkata pesawat jenis itu hanya terlibat dalam nahas sekali disebabkan "kesilapan juruterbang" apabila pesawat berkenaan
melanggar tembok ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco tahun lalu. Tiga terkorban dan ratusan penumpang mengalami kecederaan.

"Industri ini terkejut. Malaysia Airlines mempunyai reputasi yang cukup baik dan rekod cemerlang dengan juruterbangnya, dan Boeing 777 adalah tunjang kepada
kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia," katanya.

Komentar penerbangan yang lain bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan lanjut perlu dilakukan.

"Ia mempunyai keupayaan yang tinggi, mengagumkan dan kenderaan yang mewah," lapor pakar akademik Central Queensland University, Ron Bishop kepada Fairfax
Media.

Dianggarkan sekitar 924 "777" sedang beroperasi dengan jumlah terbesar dimiliki syarikat penerbangan Emirates (87). Pesawat berkenaan turut digunakan Virgin.

"Ia pesawat yang dipercayai dan terbukti mampu terbang untuk tempoh masa melebihi jutaan jam.

Kesemuanya direkodkan dengan pesawat ini, jadi amat mengejutkan mendengar berita ini," kata Professor Bishop.

"Perkara seumpama ini sangat, sangat jarang berlaku hari ini – umpama menang loteri."

Thomas turut menolak kemungkinan pembantu juruterbang berusia 27 tahun itu kurang pengalaman terbang mengambilkira beliau mempunyai 2,700 jam rekod penerbangan,
berbanding 18,000 jam oleh ketua juruterbangnya.

"Pembantu juruterbang Malaysia Airlines sangat terlatih dan beliau ini mempunyai pengalaman lebih tujuh tahun dengan syarikat itu," kata Thomas.

"Saya tidak percaya ia masalah juruterbang atau pesawat," katanya.

Jika pesawat itu ditemui dalam keadaan terhempas, penyiasat akan mensasarkan rakaman data penerbangan, yang mengukur pergerakan enjin, haidraulik dan petunjuk
teknikal dan rakaman suara kokpit Untuk mengenalpasti punca nahas, kata akhbar tersebut.

Professor Bishop berkata insiden berkenaan berlaku ketika jumlah penumpang yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kebiasannya rakyat Australia terbang 2.5 kali setahun, dan peningkatan seperti ini meningkat diseluruh dunia.

Jadi prinsipnya sama dengan peningkatan jumlah kereta di jalan raya, secara statistiknya akan berlaku lebih banyak kemalangan," katanya.

Pakat komunikasi krisis dan penerbangan, Hamish McLean berkata, dengan lebih 5,000 unit pesawat di udara pada satu-satu masa, kehilangan pesawat adalah
perkara yang pelik dan mengejutkan kerana ia dimiliki syarikat penerbangan terkenal.

"Ada terdapat banyak kemungkinan yang berlaku, dan masalahnya, ia sekadar spekulasi yang memberi tekanan kepada keluarga mangsa penumpang," katanya.

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...