Dah lama tak takok-tambah di blog kami kerana kesibukan
dengan kerja-kerja yang tak akan berkurangan
dan hari ini terbelek-belek album gambar
yang lama-lama dulu maka terjumpa
gambar-gambar yang mancho!
dan body masih slim semasa
bujang-bujang dulu.
masa tuu belajar
di ITIKL
Jln Kuchai Lama.
** Barang siapa yang bersungguh-sungguh berjalan pada jalannya maka pasti ia akan sampai pada tujuannya **
Selasa, Mac 9
Isnin, Februari 22
Ke Putrajaya Lagi....
Hujung minggu ni berkunjung ke Putrajaya lagi.... berkunjung ke rumah "mak'su"nya yang tinggal kuartes prst, 14. dan sempat bermalam disana. Berkebetulan semasa berkunjung ke Putrajaya ada pulak karnival "Jom Putrajaya" Jadi bolehlah jalan-jalan kat karnival tersebut.. Dan pada keesokannya pula kami sekeluarga ingin mencuba menikmati perjalanan dengan menaiki keretapi laju yang dipanggil ERL. Erl ni ada dua jenis , satu ERL EKSPRESS & Satu lagi ERL TRANSIT..
"Mak,su"bawa kami jalan-jalan ke karnival Putrajaya
Maka nak diceritakan saya sekeluarga pergi ke Putrajaya Sentral untuk membeli ticket nak naik erl.... Erl Transit. Tiket yang dibeli perjalanan dari Putrajaya ke LCCT(terminal Penerbangan Murah Airasia)Pakej berserta dengan tiket shuttle bus..Dari putrajaya kami naik ERL Transit ke Stesen Salak Tinggi kemudian naik bas pula ke Lcct. Pakej tersebut termasuk ticket ERL dan shuttle Bas sekali dengan kadar tambang Rm 5.50 dewasa serta Rm 4.00 kanak-kanak. Untuk pengetahuan juga Erl Transit ini perjalanannya dari KL sentral (KL) ke KLIA Sepang dan singgah di beberapa stesen termasuklah tempat saya naiki ini iaitu Stesen Putrajaya& Cyberjaya .Memang seronok naik Erl Transit ni kerana ianya senyap, laju dan yang seronoknya tak ramai penumpang dan boleh pilih mana -mana kerusi untuk diduduki.

Tiket ERL KLIA Transit dah beli..
Suasana dalam Erl... laju/senyap/tak ramai penumpang.
Selasa, Februari 16
Balik kampung Cuti Tahun Baru Cina
Semanjak-Duamenjak ni rasa malas sangat nak meng update blog ni, Ntah mengapa tak tahu!...rasa-rasanya mungkin tekanan darah ada naik agaknya dan kepala pun rasa ada pening-peninglah... Ubat yang diambil di klinik kesihatan karak pun dah dimakan, tapi pening kepala masih lagi terasa....tak tahulah apa lagi ubat yang perlu dimakan!. cite pasal ubat ni memanglah meletihkan... Saya ni memang tak suka makan-makan ubat. makan ni pun kerana nasihat abang ipar & kakak-kakak. mereka selalu berpesan agar selalulah makan ubat."jangan putus ubat" katanya...
cite pasal Tahun Baru Cina... pada tahun ini berlainan sedikit maklumlah semenjak 15 tahun saya bekerja di karak maka pada tahun ni lah baru saya dapat balik kampung semasa sambutan tahun baru cina dan sebelum,sebelum,sebelum ni memeng tak pernah balik kg semasa TBC. Tahun ni rasa sangat bertuah kerana majikan tempat saya bekerja mengistiharkan bercuti 14 & 15 Feb, manakala pada 12 & 13 Feb, jatuh pada cuti hujung minggu saya..... maka dapatlah 4 hari.... bolehlah balik kampung pada TBC tahun ini..........
Tut,tut.tut balik daripada kampung pulak. ada pula penyakit lain yang timbul!.. tak tahulah tak pernah-pernah sebelum ni dapat penyakit macam ni... nak tahu penyakit apa yang dijangkiti??... kah,kah,kah penyakit Jerawat Batu rupanya.... tengoklah kat picture yang disertakan ini.............(klik pada pic untuk saiz besar)
.

Isnin, Februari 1
Menziarahi orang sakit
Rasanya lama juga tak jengok dan menulis diblog, Maklumlah sibuk dengan kerja dan ambil, serta menghatar anak-anak pergi dan balik sekolah.. Al maklumlah minggu lepas tu jadi Bapak & Ibu sekaligus, kerana emaknya kena berkursus(cikgu) di temerloh selama 3,4 hari juga. Dan hujung minggu lepas barulah ada sedikit masa untuk bersama keluarga bersantai.. Maka pada sabtu 30 Jan. 2010 sempatlah bersantai dengan keluarga dengan menziarahi orang sakit yang berada di Hospital Besar Kuala Lumpur & Di Flet Bandar Tun Razak Cheras..
Semasa berkunjung ke rumah bapa mertua mak'su yang berada di Bandar Tun Razak kita orang sekeluarga menaiki LRT, nak pergi redah dengan kereta sendiri takut tak jumpa , maklumlah baru sekali aja pergi, tu pun 3 tahun lepas. rumah nya hanya bersebelahan dengan stesen LRT bdr Tun Razak.. rasanya dah tentu senang menaiki LRT.. Turun aja kat stesen LRT tersebut terus nampak kediamannya..maka dalam perjalanan menaiki LRT sempatlah klik,klik photo untuk kenangan...
Kunjungan yang Kedua pula kita orang pergi menziarahi akak yang mengajar mengaji Quran anak-anak kami yang baru sudah oprik usus (ada ketumbuhan) di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pusing-pusing kat hospital sangat memenatkan walhal tak ada tempat nak parking... terpaksa pusing-pusing berulang kali..Susah betul lah duk KL tuu...

Selasa, Januari 19
Makan Sihat
Hari ini masih bercuti mingguan, adalah masa untuk ke pasar untuk membeli sedikit laut nasi. untuk simpanan 2&3 hari ni. Ya la! gaji tak leh lagi...! tapi hanya beli sedikit sayuran. Saya memang suka makan sayur..tapi anak-anak tak suka kecuali ada anak saya seorang ni suka ikut jejak bapanya... Anak kedua(Angah) memang suka makan sayur-sayuran terutamanya apabila balik ke kampung, Bermacam-macam ulam ada kat umah atok, pucuk gaga,pucuk putat,pucuk serai kayu & berbagai ulaman habis disapunya..
Dan hari ini makan tengah hari berulam sayur-sayuran. Sempat juga diphotokan untuk diletakkan kat blog ni
Dan hari ini makan tengah hari berulam sayur-sayuran. Sempat juga diphotokan untuk diletakkan kat blog ni
Isnin, Januari 18
Aktiviti Pada minggu ini
Minggu ini tak ada kemana, Sabtu & Ahad kena kejo. Hari isnin baru dapat cuti hujung minggu. Tak ada apa nak buat, apa lagi sambunglah aktiviti yang terdahulu tuu....ok juga rasanya . Lompat-lompat katak pun oklah asalkan peluh keluar..Nak lari laju tak leh lagi badan masih berat.
Selasa, Januari 12
PERMULAAN TAHUN 2010- Ingin Menurunkan Berat Badan
Rasa semacam aja apabila pakai seluar yang terdahulu. Mungkin dipermulaan tahun baru ini semangat untuk merelisasikan cita-cita masih lagi membara, Baik teruskan saja, Aktiviti terbaik ialah berjogging ke! atau lari-lari anak! pun dah ok. Untuk membuktikan yang dihajati terlaksana maka dengan rela hati, Pada hari ini aku ringan-ringankan langkah kaki ku untuk melaksanakan aktiviti berjogging tersebut. Buktinya jom tengok picture kat bawah ni....
Langgan:
Catatan (Atom)
Pembukaan Tahun 2021.
Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah" Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...
-
Assalamualaikum... Hari ini masuk tengok ke ruangan Blog, yang dah lama tak update, kekok pulak rasa nak menulis apabila dah lama tak berbu...
-
Assalamualaikum , Hari ini (Rabu) 26/02/2020 bersamaan 2 Rejab 1441. Rejab Bulan Allah Hari , minggu , bulan silih berganti dan tahu...
-
Assalamualaikum.., Alhamdulillah pagi yang berbahagia ini, jom kita kongsikan ilmu yang bermanafaat, disini saya nyatakan sedikit fadhilat...