Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Sabtu, Oktober 29

Santai di UiTM Shah Alam pada 22 okt 2011...... Istiadat konvokesyen yg ke-75

Pada 22 Okt 2011 lalu sempat ke UiTM Shah Alam meraikan Majlis Istiadat Konvokesyen yg ke 75. Kebetulan pada majlis ini penerima yg diraikan terdiri daripada 2 keluarga terdekat (anak sedara & sepupu).... Tahniah di ucapkan! di atas kejayaan itu.





Khamis, Oktober 20

jengok-jengok sekejap blog!

Dah lama bebenor tak aktifkan blog aku ni!
J O M! Singgah sebentar..........
Pada 20/10/11.


Isnin, Jun 13

Lama sangat dah tak berkesempatan muatnaik gambar ke blog. sibuk,sibuk,sibuk

semenjak bekerja di Temerloh ni...... tak ada masa nak kemaskini blog aku ni.. dah naik lalang semak-samun.... ari ni barulah berkesempatan nak buat cikit.


 Gambar semasa dapat hadiah drp anak-anak sempena hari ulangtahun kelahiran baru-baru ni

Selasa, Mei 24

mulai sekarang guna leptop baru

leptop baru kepunyaan aku.

dah lama bebenor tak update blog ni,

rasa amat sedih diatas kehilangan anak-anak yatim ini ke rahmatullah 4 hari lepas......... namun gambar ini saya terjumpa kat facebook yang mengatakan pose ini sempat diambil sebelum tanah runtuh terjadi.

Khamis, Februari 24

Pemergian Bapa Saudara yang terakhir.

Pok su Soh adalah merupakan bapa saudara yang terakhir bagi kami adik-beradik yang dulu pernah tinggal berhampiran dengan rumahnya di Kampung Bukit Chempaka.




 Gambar-gambar sanak-saudara masih berkumpul di rumah peninggalan Pak su Soh


Cucu-cucu sedara







Berita Pemergian Bapa Saudara Ke Rahmatullah...........

Tanggal 20/2/2011 jam 6.30 ptg phone aku berdering, Panggilan masuk daripada Adik kedengaran, Pantas aku menjawabnya menerima Perkhabaran berita kematian Pok SU Soh!   Lantas aku terkedu sekejap!.. Inaalilah............! Namun aku tetap tabah & redha akan takdir illahi ini. Perkhabaran ini terus dipanjang kepada isteri ku dan menyatakan akan bersiap sedia untuk kembali ke kampung halaman di Kuala Terengganu untuk menziarahinya iaitu di Kg Bukit Chempaka.
ini adalah rumah kediaman Pak Su Soh di Kg Bukit Chempaka K.Trg.

Rabu, Februari 16

salam maulidur rasul

Ucapan selamat menyambut maulidur rasul kepada pembaca-pembaca serta pelawat-pelawat blog kami, Saya memohon berbanyak-banyak maaf diatas kelewatan mengemaskinikan blog kami ini.......... al maklumlah kesebukan masa yang sangat terhad pada masa ini.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...