Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Isnin, April 7

7.4.2014..jam 6.00Ptg ,Di Petrol Pam BHP Karak?

Sudah lama tak menulis diruangan blog ku ini, namun hari ini aku paksakan diri ini untuk ku coretkan sepatah dua kata untuk dikenang-kenang di masa akan datang. pekara hari ini berlaku kepada diri ku semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Temerloh,, Aku berhenti untuk mengisi angin tayar kereta Proton Sajaku  di petrol pam BHP karak.. ha,ha jangan ketawa! saja Aku gelarkan keretaku "PROTON SAJA". sambung lg cerita tadi, semasa aku tengah ralik mengisi angin tayar keretaku, aku diterpa oleh seorang Anggota Tentera yang lengkap memakai pakaian tentera dengan tanda nama dipoket baju..namanya jelas kelihatan.. tapi aku taklah menghebahkan namanya di coretan ini.. biarlah ianya hanya aku saja mengingatinya... ASSA LAMUALAIKUM...... di ucapkan kepadaku.. aku menjawab "Waialaikumusallam"... En ni POLIS kan katanya kepada  ku.!. aku jawab taklah.. Anggota Tentera tadi tu merintis dengan nada sedih, Encik saya ni malu nak Cakap'.Saya tanya apa yang hendak dicakap. beritahu ajalah apa yang nak dicakapkan.. Katanya dia dalam kesusahan ni Duitnya(bag duit) sudah hilang.. nak isi minyak motor nak balik ke Kuala Lumpur tak ada duit... En boleh pinjam duit tak? tanyanya kepada saya.. katanya lagi, Dia selalu Berulang-alik dari KL Ke Mempaga(Kem Askar) tiap-tiap hari....Dan. hari ini hari paling malang baginya katanya.... Aku sebenarnya kurang percaya tapi memandangkan pada motorsikal YAMAHA LC yg dinaikinya ada terpampang stiker kem askar Mempega(Depo Peluru).dan memperagakan nombornya dengan plat pendaftaran WQN 5_5_...(no motor hanya aku saja mengetahui).Lantas terus aku rasakan askar ini memang dalam kesusahan,..tanpa berfikir panjang aku hulurkan saja duit yang mampu aku bagi kepadanya.. al maklumlah duit dikantung agak nipis lebih-lebih lagi di waktu pulang dari kerja. ha,ha,...........di akhir perjumpaan ini! En Askar tadi ada memaklumkan yg dia akan membayar wang yg dipinjamnya pada esok hari,,, lalu ia minta aku bagi no phone ku untuk dihubungi pada esok hari untuk membayar balik wang dipinjamnya dari aku... Aku harapkan ASKAR ini seorang yang jujur dan akan menghubungi aku esok hari.. Aku tidaklah mengharapkan wang ku dikembalikannya.. cuma ingin kejujuran. Aku mengharapkan beliau menghubungi aku selepas ini...... sesampai saja aku di rumah aku menghubungi sahabat lama aku di tempat kerja lama ku SPK karak , untuk bertanyakan maklumat motosikal yang di naiki askar tadi, ternyata pemilik motosikal tersebut ialah beliau sendiri.. dgn tanda nama yang dipakai pada baju uniform askar tersebut dengan tanda nama tercatit Z _ _ _ _ _....sekian saja catitan yang dapat diolah pada hari ini dan jam menunjukan hampir 12 malam menjelma...Wasallam.

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...