Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Selasa, Januari 19

Makan Sihat

Hari ini masih bercuti mingguan, adalah masa untuk ke pasar untuk membeli sedikit laut nasi. untuk simpanan 2&3 hari ni. Ya la! gaji tak leh lagi...! tapi hanya beli sedikit sayuran. Saya memang suka makan sayur..tapi anak-anak tak suka kecuali ada anak saya seorang ni suka ikut jejak bapanya... Anak kedua(Angah) memang suka makan sayur-sayuran terutamanya apabila balik ke kampung, Bermacam-macam ulam ada kat umah atok, pucuk gaga,pucuk putat,pucuk serai kayu & berbagai ulaman habis disapunya..





   Dan hari ini makan tengah hari berulam sayur-sayuran. Sempat juga diphotokan untuk diletakkan kat blog ni
Makanan Tengahari

Isnin, Januari 18

Aktiviti Pada minggu ini

Aktiviti kat Padang Bola Taman Seri Bayu Karak
Minggu ini tak ada kemana, Sabtu & Ahad kena kejo. Hari isnin baru dapat cuti hujung minggu. Tak ada apa nak buat, apa lagi sambunglah aktiviti yang terdahulu tuu....ok juga rasanya . Lompat-lompat katak pun oklah asalkan peluh keluar..Nak lari laju tak leh lagi badan masih berat.

Selasa, Januari 12

PERMULAAN TAHUN 2010- Ingin Menurunkan Berat Badan


Hari ini bermulalah cita-cita untuk tahun 2010, Dimana permulaan tahun ini bercita-cita untuk jaga permakanan serta mengurangkan berat badan, maklumlah berat badan dah bertambah beberapa kilo lagi daripada sebelum ini iaitu selepas daripada bulan puasa tahun lalu...
Rasa semacam aja apabila pakai seluar yang terdahulu. Mungkin dipermulaan tahun baru ini semangat untuk merelisasikan cita-cita masih lagi membara, Baik teruskan saja, Aktiviti terbaik ialah berjogging ke! atau lari-lari anak! pun dah ok.  Untuk membuktikan yang dihajati terlaksana maka dengan rela hati, Pada hari ini aku ringan-ringankan langkah kaki ku untuk melaksanakan aktiviti berjogging tersebut.  Buktinya jom tengok picture kat bawah ni....




Isnin, Januari 11

Dah lama tak meng update kat blog nie.... tak ada masa.busy sangat rasanya... cuma ada try-try ke facebook aja.. maklumlah ramai sangat yang perkatakan tentang facebook..
 Dan maka daftarlah kat facebook Hari ini..

Isnin, Januari 4

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2010


Hari pertama persekolahan dah bermula.....maka bersekolahlah  putera-putera & puteri-puteri kami...maka tersebutlah al kisah puteri bongsu kami yang berumur 6 tahun yang baru menjejaki alam persekolahan(Gambar Diatas) .Dihari pertama persekolahan  di mana ditempatkan di kelas PRA JADE ...Kami mengharapkan keceriaan tapi sebaliknya yang berlaku.. Di mana sepanjang hari berada di kelas asyik MENANGIS saja... dari pagi masuk kelas sehinggalah waktu balik jam 12.00 tengahari.

Sabtu, Januari 2

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010......kepada semua pelawat blog saya iniSemoga kedatangan tahun Baru ini dapat menambah keceriaan serta memberikan lebih kebaikan yang bermakna daripada tahun-tahun sebelum ini.


Bye!..Bye!.. 2009

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...