Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Selasa, Disember 22

Persediaan ke SeKoLaH

    Mulai minggu ini terasa sangat sibuk, Maklumlah pakaian & buku-buku persekolah anak-anak masih belum dibeli lagi..Esok pula pendaftaran kemasukan sekolah 2010 dah bermula..tengok-tengok yang kena di bayar pula tu dah berjumlah RM lima ratus ringgit lebih maka terpaksalah korek-korek di simpanan Tabung Haji .. tu tak  termasuk lagi pakaian & kasut sekolah yang akan dibeli pada hujung minggu ini..oop! kopek lagi si tabung simpanan nanpaknya! Bukan itu saja. BEg sekolah pun nak kena tukar tiap-tiap tahun. Masa kita sekolah dulu-dulu tak lah macam ni.. kalau BEg yang kita pakai tu boleh tahan sampai beberapa tahun... tapi sekarang ni anak-anak tak mahu .... nak yang baru-baru saja..
tapi janganlah ikut kata-kata hikmah ni "BiAr PaPa asal Bergaye"

Sabtu, Disember 12

Jalan- Jalan ke Negeri Johor

  Semasa berada kat Johor Baharu sempatlah kita sekeluarga pergi ronda-ronda..... Maka sampailah kita ke Pusat Pentadbiran baru di NUSAJAYA. Tempat tu taklah seperti Putrajaya. kerana Nusajaya tu baru aja di tempatkan beberapa pejabat pentadbiran.. hanya pejabat pentadbiran saja baru siap & tiada lagi kemudahan-kemudahan lain di sediakan...... sempatlah di fotokan beberapa keping gambar di Nusajaya Sana!





Pejabat Menteri Besar Johor yang Baru Di Nusajaya.


Majlis Kenduri Kahwin Rozi & Nor Fadzilah di Benut pontian Johor

Doh lama weh tak tulis kat laman ni... bukan apanya sibuk sangat satu, dua minggu ni, maklumlah minggu cuti sekolah dah bermula. Macam-macam kenduri ada... Kenduri Kahwin, Kenduri aqiqah, Kenduri nak ....POTONG! potong, POTong.. & macam-macam lagi....
    Maka pada hari ini barulah kitaorang sempatlah muat turun beberapa keping gambar yang telah dirakamkan semasa ke Majlis Kenduri Kahwin Adik Ipar yang berlangsung di JOHOR . Majlis tersebut berlangsung selama dua hari dimana pada hari jumaat 4/12/2009(majlis akad nikah). & pada sabtu 5/12/2009( majlis kenduri pengantin baru) yang diadakan di Kampung Parit makuseng di Benut Pontian Johor




Rabu, Disember 2



Majlis anugerah Kanak-kanak taska Nurul Hidayah Taman seri bayu Karak

Hari ini tak ada apa-apa nak coretkan . Kurang sihat... maklumlah baru aja lepas kerja waktu malam ... kawe ni kalau kerja waktu malam memanglah tak berapa gemar...tidonya waktu siang (rasanya tak puas tido)- kepalanya ada fei..ning-fei..ninglah sedikit. so tak apa.. demi tugas untuk negara.......
Jadi nak pendekan cerita ginilah; belek-belek album gambar sewaktu majlis tamat sekolah Taska tempat anak-anak kawe iaitu Taska Nurul Hidayah Taman Seri Bayu Karak...Dan disini di letakkan beberapa picture yg di klik-klik di majlis tersebut........

Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...