Assalamualaikum.

SINGGAH DULU

Khamis, November 26

sedih tak balik kampung

Hari ini khamis sehari sebelum Raya haji. tapi masih bekerja, waktu kerja hari ini bermula jam 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam....Nampak gayanya tahun ini raya di karak aja,  Sedih juga rasanya lebih-lebih lagi apabila malam nanti terdendar takbir bergema di corong-corong radio & TV.. Namun apa kan daya demi tugas untuk negara. biarpun beraya di tempat orang namun hati ini masih terasa sedih terkenangkan kampung halaman serta sanak saudara. tapi tak mengapalah sekali sekala rasa kesedihan sebegini dapat menguatkan lagi ikitan tali persaudaraan sesama keluarga kita

Rabu, November 25

Petang Rabu


Hari ini masih bercuti mingguan, di kesempatan cuti sekolah ini banyak aktiviti yang dapat dimanafatkan jika seandainya pandai membahagikan masa yang terluang bersama-sama anak-anak. Pada sebelah pagi hanya berehat kat rumah aja, kerana wife hari ini berada kat sekolah atas urusan sekolah.. Kita bersama-sama anak-anak duk kat umah saja....... biasalah tengok tv sambil menatap suratkabar..

   Pada sebelah petang pula kami sekeluarga sempat berkunjung ke kolam renang Majlis Perbandaran Bentong di Benus. sempatlah bermandi-manda bersama-sama anak....Semasa berada di kolam renang sempat juga merakamkan beberapa keping foto untuk di muat turun ke ruangan blog kami ini untuk tatapan bersama...

Kalau nak berkunjung ke kolam renang ini eloklah pergi waktu hari bekerja kerana pengunjung pada waktu itu tidaklah ramai, mengikut kata-kata penyelamat yang bertugas di sana ..kalau berkunjung pada hujung minggu iaitu hari sabtu & ahad keadaan kurang selesa kerana kalau berada di kolam mandi untuk kanak-kanak memang sesak dan riuh rendah dengan suara kanak-kanak... Penyelamat yang bertugas di sana rupa-rupanya jiran kami yang tinggal di taman seri bayu juga seorang anggota Bomba & Penyelamat bertugas partime disana..........

Selasa, November 24

Pada hari ini 24/11/2009
    Cuaca hari ini kelihatan terang, tidak seperti pada hari-hari sebelum ini asyik hujan, Namun pada hari ini sinaran mentari agak kelihatan pada pagi-pagi lagi..hari ini juga masih bercuti mingguan...memandangkan tiada apa nak buat maka kami sekeluarga bercadang untuk pergi ke Temerloh untuk mencari kelengkapan persekolahan akan datang,,, Maklumlah kan semalam baru dapat payment gaji bulan ini, So pergilah kami sekeluarga ke bandar termeloh,,,Maka dapatlah makan-makan nasi gulai ikan patin masak tempoyak........ tapi gak terkena looo....... banyak mahal sangat hargonya, tapi apa kan daya makan pun dah... kenalah bayar mengikut harga yang di tetapkan oleh tauke kedai tersebut.................itulah kisahnya untuk dairi hari ini

Isnin, November 23

coretan pertama

Hari ini 23/11/2009. kerja pada malam hari bermula pukul 12 tengah malam hingga 8.00 pagi, balik kerja terus tidur, tidur hari ini hanya 2 jam setengah saja. kerana di kejutkan oleh kakitangan kesihatan yang ingin buat pemeriksaan penyakit denggi, dimana beliau ingin membuat pemeriksaan takungan air di dalam rumah, (sama ada jentik-jentik membiak atau tidak didalam takungan tersebut).... semuanya ok.. Kebetulan pada hari ini wife tak ada kat rumah kerana pergi ke sekolah atas urusan persekolahan yang akan datang... Pada sebelah petangnya kita sekeluarga ke Bandar Bentong untuk melihat kereta MPV Perodua yang baru di lancarkan pada petang ini. Menarik juga buatannya.. tapi saya rasa namanya tak secantik buatanya, Alza mungkin nak sama dengan nama avanza . tapi reka bentuknya dapat memikat hati orang ramai, ini saja dapat saya coretkan pada hari ini.....pada jam 22.00 hari isnin....

Khamis, November 12

helikopter TUDM Mengelami kerosakan!











Pada jam lebih kurang 5.20 petang 12/11/2009. sebuah helikopter TUDM berlegar-legar di ruang udara kedengaran hampir-hampir di atas bumbung rumah . Dan Mendarat kecemasan di padang bola taman seri bayu karak, di kesempatan ini sempat saya klik-klik foto untuk diabadikan sebagai kenangan (Helikopter tersebut mengalami kerosakan )-katanya dalam perjalanan pulang ke pengkalan selepas menghantar bantuan banjir di Terengganu..... kesiaaaaan ya!...

Masjid Wilayah persekutuan Kuala Lumpur Jalan Duta


sewaktu balik dari pusat sains negara sempat singgah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Yang Terletak Di Jalan Duta

koleksi foto yang diambil sangat unik di Pusat Sains Negara Bukit Kiara KL







Berkunjung Ke Pusat Sains Negara







Pembukaan Tahun 2021.

Pembukaan Tahun ٢٠٢١ s aya bersama Isteri' dan pasangan Suami Isteri cikgu "Midah"   Sempat berkunjung ke Ibukota Kuala Lumpu...